Saturday, July 2, 2016

Ramadhan bakal pergi :'(

Assalamualaikum wrt.
Ramadhan Kareem :)
Masa berlalu dan kita masih terawang-awangan mencari identiti diri.Mengejar bayang-bayang sendiri tanpa memperdulikan Ramadhan yang bakal pergi. Pergi dan hanya akan kembali menjelang tahun depan (sekiranya masih ada peluang untuk kita). Masih adakah?
Alunan lagu raya semakin rancak di corong- corong radio, tetapi entah kenapa hati ini masih sayu dan belum bersedia menanti ketibaan syawal. kenapakah?
Jangan halau Ramadhan! aku masih memerlukan kekasihku ini,Aku belum cukup puas bersamanya.Banyak yang perlu aku dambakan dan aku dahagakan. Aku sedar, betapa banyaknya aku terlalai dan leka dalam melayan tetamu istimewaku ini. Kadang-kala rasa urusan dunia yang utama..diakhir Ramadhan ini, aku harap masih ada ruang untukku meraih kepuasan dalam beribadah dan memohon keampunanNya Yang Maha Esa. Sesunggunnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang lagi Maha Pengampun. :'( . Bulan Ramadhan bulan tarbiyah, mendidik hati yang liar. Semoga bulan-bulan berikutnya menjadi bulan yang lebih baik dari sebelum ini.
Sahabat, teman, dikala diri ini alpa, nasihatilah aku, jangan biar aku terus jauh terpesong, saatku lemah, berikanlahku kekuatan, doakanlah aku.
Ingatlah jua kepada sedara kita di bumi berkah, Palestin, Syria, Istanbul,Burma, dan bumi Islam yang telah menjadi sasaran pengkhianat dan musuh Islam. Doa senjata kita, semoga Allah memberikan balasan yang setimpal buat mereka yang menjadi perosak dan pemusnah kesucian Islam.Allahuakbar! Kasihanilah saudara kami ya Rabb. Pelihara mereka, Pelihara Ulama'-Ulama' kami. Berikan kesihatan buat semua pejuang-pejuang agama MU. Aamiin.


Kekasihku Ramdhan, penuntun kearah cahaya. Bulan berkat, Bulan Mulia.

Saturday, April 9, 2016

Bermulanya dunia praktikal

Assalamualaikum wrt bloggers semua.
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk hidup dan bernafas di atas muka bumiNya ini. Tamat sudah sesi pembelajaran di KUIS, selama 4 tahun pergi kuliah dan menimba banyak pengalaman hidup, bertemu sahabat-sahabat, lecturer dan semualah...rindu sebenarnya, biah KUIS sangat mendamaikan, bila dah keluar dari kuis ni rasa sangat rindu dan rasa beruntung sangat dapat belajar dan hidup di KUIS. Harapan di hati semoga apa yang telah dipelajari dapat di amalkan dan terus istiqomah bila sudah berhadapan dalam lapangan masyarakat yang pelbagai. ok ni baru muqadimah, sebenarnya, nak cerita lah sedikit pengalaman dah seminggu praktikal ni kan..(haha)

First day masuk memang berdebar, takut dia macam rasa nak kena interview pun ada, tapi disebabkan mak banyak bagi tips dan sokongan tambah dengan doa beliau, tenang sikit hati ini..Alhamdulillah berkat doa ibu dan family dapat juga diri ini praktikal dekat dengan rumah, haha..bersungguh mak nak anak dia ni praktikal dekat dengan rumah... (mcm mana nak cari org jauh ni~~haha) mungkin sebab senanglah kan dekat dengan rumah, kos pun tak tinggi...mak sanggup tu nak hantar, kite nak hantar dia tak bagi, risau anak dia ni langgar tembok rumah lagi agaknya. Btw, hari pertama disambut bagaikan puteri..chehh,, lupa lak nak bagitahu tempat praktikalnya..sy praktikal di JAIM, Bahagian Daerah Melaka Tengah, bagi penduduk Melaka yang ingin berkahwin/ Nikah/Cerai/Rujuk yang masih blurr2 tak tahu, bolehlah pm sy..haha..semua ini poyo...sy baru praktikal...tapi in sha Allah sy bantu apa yang mampu, hari pertama memang blurr, lapor diri dan ditempatkan di bahagian Runding cara dan Kaunseling, masuk2 ja kebetulan ada klien, so joinlah skali Ustaz Muhammad handle sesi kaunseling pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk masalah rumah tangga dan berhasrat untuk bercerai, sy dengar ja. (budak tak tahu apa2 lah katakan, hari pertama kot). tapi rasa sangat bermakna pengalaman di hari pertama tu, serius, dengar sendiri masalah rumah tangga org, dan pelbagai rasa di hati muncul.Untuk adik-adik yang tengah hangat bercinta, ni nak habaq, kehidupan lepas kahwin bukanlah satu yang mudah tanggungjawab kita jauh lebih besar dari sebelum kita kahwin, so persediaan itu penting, rohani, mental, fizikal. Bagi lelaki kena sedia nak mengimamkan isteri dan bakal anak-anak, kena banyak muhasabah diri selalu, jangan ikutkan nafsu semata, Berbaktilah pada mak ayah, jangan ingkar dengan arahan mereka, in sha Allah kita akan diberikan kehidupan yang terbaik dunia dan akhirat. Kahwin itu memang sunah Nabi, tetapi kita kena ada persediaan yang cukup k. ^^  (point utama)
Hari-hari kerja bukan setakat runding cara dan kaunseling ja, ada pelbagai kerja yang diamanahkan, sorting sijil nikah klien, pembubaran sijil nikah (lepas proses penceraian), daftar surat, buat surat, bagai lah..terima kasih yang teramat pada ustaz/ah, akak2 & abg2 yang sangat sporting & supportive, sepanjang seminggu ni banyak tunjuk ajar yang telah diberikan, Alhamdulillah :) 

kepada sahabat-sahabat yang sedang praktikal dan bakal praktikal, wish u all da best! tajdid niat Lillahitaala.doa bebanyak. 


*maafkan salah silap diri ini, semoga bertemu lagi, In Sha Allah 


Thursday, January 14, 2016

Berlabuhnya Sesi Kepimpinan Kelab Al-Azhar Members sesi II 2015/2016


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur kepadaNya akhirnya berlabuh lah sesi kepimpinan ALAM pada sesi ini. Tahniah kepada Pak Tam selaku presiden kami, beliau banyak memberi kata-kata semangat, kata-kata motivasi supaya kami menjalankan tanggungjawab bukan sekadar memuaskan hati manusia akan tetapi kerana Nya yang Maha Esa. Sungguh berat amanah ini, hampir mengalah, tetapi kerana semangat dari sahabat-sahabat, ku terus melangkah, bak kata Pak Tam " Terus Melangkah Menabur Ukhwah", juga merupakan tema pembawakan ALAM bagi sesi kepimpinan kami. Tiada terkata indahnya pengalaman bersama ALAM yang juga dikenali Biro Pemuda Masjid Al-Azhar Kuis, Apalah sangat sumbangan diri ini berbanding sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Tahniah sahabat-sahabat semua, semoga usaha, penat lelah kalian dalam gerak kerja Islam , Amar makruf nahi mungkar diberi ganjaran yang baik dan mulia disisiNya. Aamiin Ya Rabb. 

Rasanya lama dah turun, baru nak update bagai, hati masih rindu nak bergerak kerja dalam ALAM, pengalaman yang tidak ada dijual di supermarket, terima kasih kerana membantu diri ini dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah ini, Maafkanlah diri ini andai ada amanah yang tidak berjaya diri ini tunaikan, segala kekurangan diri, sesungguhnya saya budak sedang belajar. Sebelum ni, siap azam tak nak jadi SU , sebabnya konon serik dengan jawatan SU program sebelum ini, nanges-nanges, tetapi kita hanya mampu merancang, Allah Maha hebat dalam merancang, ditaklifkan sebagai TSU ALAM, awalnya rasa tak mampu, tetapi sahabat-sahabat banyak memberi kata-kata semangat, Alhamdulillah. ( ayat macam kena pegang jawatan PM) :D 

Akhiru kalam, Tahniah buat sahabat-sahabat kepimpinan baru, teruskan usaha Dakwah kalian, Jangan dihirau kata-kata nista yang melemahkan, terus positif, yakin dengan diri kalian, Allah pilih sebab Allah tahu anda mampu, buat baik, Allah balas baik.ingat tu. ^^, istiqomah!

Btw, sem ini merupakan semester akhir saya bergelar mahasiswi KUIS, in sha Allah!, after this, go ahead for praktikal, doakan saya dan sahabat-sahabat yang akan melangkah ke dunia pekerjaan, hati mula debar, semoga Allah berikan yang terbaik. Aamiin. 


Surah Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Surah Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


Organisasi  ALAM: 2015/2016

*Jangan tengok lama-lama gambar kami, ha3

Jom kenali ALAM KUIS : FB, BLOG, TWITTER, INSTAGRAM, YOUTUBE



Wednesday, June 24, 2015

Muhasabah Ramadhan


Assalamualaikum wrt & Salam Sejahtera buat semua yang sudi membaca entry saya ini.^^,
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-8 kita berpuasa.Penuhi hati dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNYA atas segala nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita semua. Bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan latihan kepada kita semua, bulan mendidik hati dan nafsu.Sesungguhnya syaitan telah dibelenggu, adakah kita pengantinya?? Nau'zubillah!.Allah berikan bulan special ini kepada hambaNYA supaya menambah amal dan memperbanyakkan bertaubat, akan tetapi kita janganlah menjadi hamba kepada Ramadhan..beramal bersungguh-sungguh hanya apabila tiba bulan Ramadhan, bulan lain terus lalai mengingatiNya, Allahu..andai kata kita tidak sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini dan seterusnya, amat rugilah kita dibulan-bulan sebelumnya seandainya kita tidak beribadah kepadaNya sepertimana pada bulan Ramadhan.Ingatlah, sesungguhnya Allah menyuruh hamba-hambaNYA mengingatiNya setiap waktu, masa dan detik bukan bermusim.Peringatan buat yang sedang menaip ini juga, seorang insan yang berdosa, sentiasa terleka dan terlena dari mengingatiNya. :( 
Peluang yang diberiNya pada Ramadhan kali ini manfaatkanlah sebaiknya.
 "Wahai diri, belum tentu ada Ramadhan seterusnya untukmu, sedarlah dari lamunanmu, pertingkat ibadahmu, perbaiki akhlakmu, didik hati dan jiwamu supaya sentiasa hidup dengan penuh ketenangan di dunia dan akhirat kelak."
-Terima kasih Ya Rabb atas kesempatan Ramadhan kali ini-
waallaua'lam.

*TintaMujahidahPedambaSyurga









Monday, April 21, 2014

#Throwback....=')

Assalamualaikum wrt.....
deep in my heart : ouhh rajinnyelaa hari ni nak share cerita...:P


comel tak budak ni?? *_* 
Inilah saya....waktu baby boo.....(^_^)/
tetiba jumpa album-album lama kat dalam stor belakang umah....
so terjumpalah gambar ni....
Pada suatu hari, budak ni telah hilang, keluar rumah tanpa izin....protes kot tak dapat ikut mak pi kedai..
mengikut cerita mak, time hilang tu umurku baru nak masuk 3 tahun,...dah dapat kaki...lari lah kann...
Mak pergi kedai beli barang, so tinggal lah dengan kakak sedara kat rumah....waktu tu duduk rumah nenek..
Tiba-tiba diorang sedar saya takda dah dalam rumah....semua paniklah kan....mak balik dari kedai  tgok anak dy yg comel ni takda....(kesian mak, tak niat pun nak lari) hee.....lama jugalah menghilang....tggu nak report polis ja...Lastly, Pakcik (Pak oteh) bawa balik naek moto, dy kata ada seorang makcik jumpa saya kat dalam hutan....hoho....memang sebelah rumah nenek waktu tu hutan....makcik tu terjumpa waktu dy nak pi cari ayam dy....Alhamdulillah......kalu tak, jadi santapan binatang buas la gamaknya......
Yang bagusnya Makcik yang jumpa tu ingat saya sampai skarang....bila jumpa ja dy akn cakap macam ni...."ko yang sesat dalam hutan dulu kan, anak si Mail"...haha....kuat betul daya ingatan makcik tu....Terima kasih makcik sebab telah selamatkan saya.....:') Makcik tu sangat baik, dy suka sangat kucing, pagi-pagi dy akan bawa ayam goreng kat satu taman ni  then kasi makan semua kucing-kucing terbiar kat situ...semoga Allah memberkati hidup makcik dunia & akhirat...Aamiin......
End of da story, Praise to Allah becoz give me chance to stay alive....Alhamdulillah...(^_^)



Friday, April 18, 2014

Tips Kesihatan (^_^)

Assalamualaikum wrt  & Salam Sejahtera buat semua...

Sedikit perkongsiaan penjagaan kesihatan dari seorang Sifu saya, ini saya share pada semua...semoga bermanfaat...In sha Allah...=)

Dari Ibnu 'Abbas ra, Rasulullah bersabda:“Dua nikmat yang ramai  manusia tertipu, nikmat sihat dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari).
Manfaatkan waktu lapang dan waktu sihat kita dengan sebaiknya...

Tips untuk sehat dan ceria selalu :

1. Setkan minda supaya tubuh badan kita tidak kenal kepada sakit.

2. Sekiranya kita mengalami sakit yang sedikit, set dalam minda, kita boleh sembuh dengan cepat secara semulajadi.

3. Tekankan amalan semula jadi dan bukannya memakan ubatan moden berasaskan bahan kimia. If perlu sangat-sangat baru ambil ubatan moden.

4. Sentiasa bersenam supaya berpeluh.

5. Berjalan dan mendaki tangga dengan cepat. Tapi jangan sampai tak cukup nafas pula, ikut situasi dan keperluan.

6. Sentiasa menggerakkan anggota badan dengan melakukan kerja-kerja harian seperti menyapu, mengelap   perabot, membasuh pakaian, mengemop, memasak dan lain-lain yang boleh dilakukan. Tapi jangan biarkan tubuh kita terlalu penat sehingga jatuh sakit pula.

7. Tidur pastikan berselimut, jangan tidur di atas simen, tidak tidur direct bawah kipas.

8. Makan tepat pada waktunya supaya perut tidak masuk angin.

9. Pilih makanan yang berzat dan berkhasiat.

10.Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan

11.Banyakkan minum air masak (sky juice)

12. Elakkan kerap minum air berais dan bergas.

Ya, memang betul sakit itu Allah swt yang beri, kita hanya perlu ikhtiar dan usaha untuk menjaga nikmat kurniaanNya ini. Alhamdulillah....(^_^) seandainya Allah uji kita dengan sakit, biarpun kita telah usaha menjaga kesihatan kita itu tandaNya Allah swt hendak menyihatkan rohani kita. Allah uji hambaNya kerana DIA sayang kita...

"Jaga Fizikal, jangan lupa jaga Rohaniah"....waallahualam...




Jadikan kekecewaan hari ini membawa perubahan yang baik akan datang...

Assalamualaikum wrt  & Salam Sejahtera (^_^)

“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka sendiri” Ar-Ra’ad 13 : 11

Hari  ini  kita kecewa, sedih dengan  kegagalan...penuh tanda tanya di kepala, Mengapa aku gagal? Mengapa orang lain boleh berjaya? ingatlah kegagalan itu tidak kekal selamanya. Ya, mungkin kita gagal hari ini...tapi esok lusa? kita yang harus usaha lebih untuk mengubah kegagalan itu. Firstly, buat checklist kehidupan kita...apa yang kita wajib, harus dan mesti lakukan untuk meraih kejayaan hidup...pastikan dalam checklist kita tu yang utama kita letak ialah bagaimana  ibadah kita padaNya, solat kita lima waktu macam mana....ingatlah perkara utama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat kita. Selama kita hidup, adakah kita solat tepat pada waktunya?...ingatlah segerakan solat kita nescaya Allah akan segerakan kejayaan dan kebahagiaan hidup untuk kita...In sha Allah..
Niatkan dalam hati kita yang kita lakukan segalanya kerana Allah swt. Setiap hari bangun dari tidur bisiklah dalam hati kita "Ya Allah semoga segala apa yang aku lakukan hari ini diberkatiMU, kerana segalanya keranaMU..." sebelum tu jangan lupa baca doa bangun tidur...(^^) ....BERUBAHLAH  WAHAI  HAMBA  ALLAH.....

Dulu  aku seorang yang selalu leka dengan keduniaan sehingga meletakkan  solatku yang terakhir..UBAHLAH.....
Sekarang....... apabila aku dengar azan berkumandang, aku segera mengambil wuduk dan mendirikan solat.

Dulu, aku  suka berpakaian  tidak menutup  aurat, berlebih-lebihan dalam berhias, UBAHLAH...
Sekarang........aku  telah menutup aurat dengan sempurna, segala perhiasanku hanya untuk yang halal buatku

Dulu, aku  tidak menjaga pandanganku, melihat apa yang tidak boleh dilihat, UBAHLAH
Sekarang........aku menjaga pandanganku, pandanganku hanya untuk yang halal untukku

Dulu, aku  tidak menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan  inikan puasa sunat, UBAHLAH...
Sekarang........aku berhasil  puasa penuh di Bulan Ramadhan, beserta puasa sunat...

Dulu, aku  malas untuk  ke masjid, pergi masjid bila solat Jumaat saja, kadang-kadang ponteng solat Jumaat UBAHLAH..
Sekarang...... aku  sentiasa ke masjid, solat berjemaah dan tidak ponteng solat Jumaat..

Dulu, aku  sentiasa  melawan  kata  ibu bapaku, abang dan kakak ku, tidak hormat orang tua...UBAHLAH
Sekarang.......aku  menjaga kata-kata dan perlakuanku terhadap ibu bapaku serta  orang lain...

Dulu, aku  tidak  suka  membaca Al-Quran,.. UBAHLAH..
Sekarang......aku telah  menjadikan  membaca dan mentadabbur  Al-Quran  rutin harianku

* ubahlah segala keburukkan ke arah kebaikan, .......banyak lagi yang perlu kita ubah...ayuh ubah sebelum terlambat.....

Ingatlah segala-gala yang kita miliki di atas muka bumi ini semuanya milik Allah swt....tiada satu pun milik kita...tugas kita  sebagai manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah swt....

Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita, bukan orang lain...Masing-masing dikurniakan akal yang sempurna untuk membezakan antara yang baik atau buruk..jaga hak Allah maka Allah akan memelihara kita. Kejayaan yang sebenarnya bukanlah di dunia, tetapi di akhirat kelak. Kejarlah Akhirat maka dunia akan mengejarmu. Letakkan dunia di tangan tapi letaklah akhirat di hati. In sha Allah...semoga kita semua dikurniakan kejayaan yang hakiki dunia & akhirat....Aamiin......

p/s :sesungguhnya yang menulis ini turut melakukan kekhilafan....peringatan di atas untuk peringatan diri ini juga  serta untuk muhasabah bersama. waallahualam...
maafkan segala salah silap saya, hanya hamba Allah yang sering melakukan kesilapan.
tegurlah saya andai apa yang saya katakan atau lakukan itu satu kesilapan.syukran a'lakullihal....