Monday, November 5, 2012

secebis kata-kata indah....=)

Sumber: Gen-Q =) hayati kata-kata ini....
by: Nurul Hafiezah Binti Ismail~




                                                                                  buat renungan kita bersama............insyaAllah...

Indahnya Islam!!...=)


  • Saat anda membawa Al-Qur'an, syaitan biasa-biasa sahaja. Saat anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat anda membacanya, syaitan mulai gelisah. Saat anda memahaminya, syaitan mula berasa kejang-kejang. Saat anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, syaitan mula terkena 'stroke'. Terus baca dan amalkannya dalam aktiviti harian anda agar syaitan terkena 'stoke total', jantung bahkan membawa maut. Ketika anda ingin menyebarkan pesan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan berkata "Jangan sebarkannya. Tak penting langsung!". Sebar-sebarkanlah ajaran agama ALLAH wahai umat Islam sekalian jika anda mahu mendapat ganjaran besar dariNYA. 
  • Dunia ibarat sebuah pentas lakonan dimana manusia itulah, pelakon utamanya. Al-Qur’an dan Sunnah pula adalah skripnya dan Malaikat itulah juru kameranya. Islam jalan ceritanya dan Kiamat itu kesudahannya. Pengembaraannya berkumpul di Padang Mashyar adalah tempat menerima penganugerahan. Rasulullah pelakon terbaiknya, Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah juri-Nya manakala Syurga atau Neraka adalah trofinya.Dan anda yang membaca, apa sudah bersedia hari kematian yang bakal tiba?
  • Kenapa kamu tidak suka berbelanja besar untuk pakaian dan gaya hidup kamu? "Saya malu kepada Rasulullah yang sentiasa sederhana dalam hidupnya".
  • Ucapkanlah salam yang disunahkan Iaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.
  • Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.
  • Jangan dilupa pada yang PUTIH, ianya SUCI, BERSIH, sudi mengingatkan kita pada USIA, bahkan juga sudi mengingkatkan kita kepada KEMATIAN yang bakal menjelma buat kita wahai umat ISLAM dan umat lain.
  • Kamu menjadi sebutir mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpang rapi dilindungi kulit. Bukan senang nak melihat. Apa lagi mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah. Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya. Harganya mahal sekali. Dan ia akan tersimpan selamanya.
  • Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah penunjuk jalan. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH yang MAHA ESA...
  • Saudariku...Apakah yang menghalangimu, untuk menutup aurat-mu..??
  • NAFSU mengukur wanita itu cantik atas dasar rupanya. AKAL menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya. HATI menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya.
  • JIWA hampa tanpa CINTA, HATI hampa tanpa IMAN.
  • Aku telah pun sedaya upayaku, agar aku tidak melukai hatimu. Mungkin sudah suratan hidupku, kasih yang lama terjalin, berderai bagaikan kaca. Teman, maafkanlah diriku. Ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan yang benar, untuk menempuhi dugaan yang maha hebat ini. Teman, maafkan aku jika aku menyakitimu. Moga ikatan ukhuwah yang dibina, terjalin hingga ke akhir hayat hidupku...
  • LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA. CEKAL wanita kerana BERANINYA. PATUH wanita kerana KESETIAANNYA. SABAR wanita kerana IMANNYA. KASIH wanita kerana BELAIANNYA. LEMAH wanita kerana AIRMATANYA. IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA. PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA. SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA.

Sunday, November 4, 2012

s.E.n.Y.u.M p.E.g.U.b.A.t.L.a.R.a

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah......
maseh diberi nafas olehNya...untuk terus beramal & beribadah kepadaNya yang Maha Esa,,,,..
maseh diberi peluang untuk memperbaiki iman & taqwa...maseh diberi peluang bertaubat atas dosa2 lalu....
Ya Allah,..sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap isi hati hamba-hambaMu....
suka-duka adalah lumrah kehidupan,..terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya...yakinlah bahawa setiap yang terjadi kepada kita ada himah disebaliknya..bukan sekadar peringatan.Jangan apabila dilanda masalah,,,dugaan datang kita merasakan diri kita lemah,..tetapi jadikanlah ia kekuatan untu kita mengharungi hidup yang semakin hari semakin sukar...semoga hati kita sentiasa dilimpahi NurNya...serta dilimpahi rahmat kebahgiaan dunia & akhirat,,,Aamiin,,,insyaAllah...=)
 senyum itu pengubat hati...senyum itu penenang....
so.....senyumlah selalu.....
wassalam.....