Wednesday, November 21, 2012

Perjuangan hidup sebagai daie Allah...





Assalamualaikum ya asdiqaie....
hari berlalu sudah...cuti semakin tamat...
hnya tinggal beberapa hari...aknku tinggalkn baiti...usrohti....
untuk pergi mencari ilmu Allah yang kuas tidak terhingga....
Alhamdulillah...sem pertama telah ku habiskan dgn sempurna...
syukur tidak terhingga kpda ILLAHI...setelah mengharungi suka duka..
masih merangkak dalam memantapkan iman & taqwa....
semakin hari semakin terasa debaran untuk masa-masa akan dtg....
hati ini memerlukan ketabahan & kesabaran dlm menghadapi hari-hari sebagai hambaNya yang maseh mencari..& tidak akn berhenti mencari ilmuNya....

Syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk bernafas & memperbaiki iman & taqwa yang maseh lompong.....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk menikmati keindahan alamNya....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya menikmati rezeki yang diberiNya....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya bersama keluarga tercinta & sahabat2.....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya berbakti kepada orang lain....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk merasai kasih sayang...

Syukur tidak terhingga kepadaNya yang Maha Berkuasa!!..Maha Penyayang!!..
yang memiliki segala sifat kesempurnaan....tiada kekurangan....
Jika hendak dihitung segala rahmatNya untuk kita semua...sampai bila-bila pun tidak pernah akan habis...

semoga hidup kita sebagai hambaNya sentiasa mendapat rahmat & keberkatan hidup dunia akhirat....inshaAllah...Aamiin.....
YAKIN DENGAN ALLAH...!..

Maaf andai ada tersalah qalam & fi'el...maafkan saya...
uhibbukifillahuntiljannah.....:)

Monday, November 19, 2012

Kunci Kejayaan Dunia & Akhirat


1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

4-Kunci Syurga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.

5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.

7-Kunci kemajuan/Kelebihan  adalah bersyukur.

8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.

11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.

12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.

14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.

15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.

18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah

19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

20-Kunci segala kebaikan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.


21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

~sumber~:- http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/05/24/21-kunci-kejayaan-dunia-dan-akhirat/