Saturday, January 4, 2014

5 Identiti Negatif yang perlu kita elakkan~

Sekadar perkongsian untuk peringatan diri yang sering alpa & leka serta untuk bacaan dan renungan pembaca:::
Dalam hari2 kita tak lari dari sifat2 negatif,...iman manusia sentiasa ada pasang & surutnya..kita hanya manusia biasa yang bukannya maksum, tetapi kita boleh berusaha untuk elak dari perkara2 negatif dalam kehidupan kita...inshaaAllah...
~belajar dari kesilapan itu lebih baik dari tidak mempelajari sesuatu~

5 Identiti Negatif yang perlu kita elak::

1. Takut Kritikan
    -Lumrah dalam kehidupan apa yang kita buat akan diperhatikan & dikritik so jgn takut untuk buat sesuatu  as long its a good things.Kita buat baik ada juga kritikan & kita buat tak baik lagilah dikritik kn..buat ja  apa yang kita rasa perlu & patut kita buat. Jangan bersangka buruk dengan kritikan orang lain..anggap ia sebagai pengajaran & pelajaran untuk buat sesuatu itu dengan lebih baik...inshaaAllah~


2. Malu tidak bertempat

    - Malu itu memang sangat dituntut dalam Islam, akan tetapi kita perlu meletakkan malu kita itu pada   tempat yang betul. Contohnya waktu belajar, jgn malu untuk bertanya cikgu or pensyarah jika kita tak  faham. Gunakan masa belajar untuk bertanya kerana tak semua yang kita belajar tuh kita dapat 100%  kan...tapi jgn sampai  kikis sifat malu kita sampai dah takda malunya...tuh bahaya...ingat malu itu separuh  daripada iman kita bukan setakat kebersihan sahaja....waallahualam~


3. Malas

    - Sifat yang sangat bahaya ni mmg ada dengan setiap orang...am i rite??..sbb diri ni pun selalu jga ada sifat  ni kan..so bila malas tuh datang try lawan sebab nie sifat syaitan. ingatlah tidak akan berjaya bagi orang  yang malas.


4. Keras Hati

    - Inilah kelemahan kita sebagai manusia biasa..masalah hati, ada sebahagian orang yang hatinya keras  mcm batu sampai nasihat orang disekeliling tak diendahkan...Nauzubillah...kita perlu renovate hati  kita..adakah kita tergolong dlm orang yang keras hati??...Allah..bahaya..kerana nasihat itulah tarbiyah  diri untuk manusia untuk mnjadi manusia yang baik dunia & akhirat.


5. Takut Gagal

    - Tiada apa yang boleh menghalang kita umtuk berjaya. setiap rintangan itu umpama selangkah kita untuk mencapai kejayaan. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamaNya Allah tahu apa yang terbaik untuk  hamba2Nya..banyakkan doa, usaha dan istiqamah...jangan mudah give up dalam apa pun yang kita lakukan.
# sumber: GEN-Q isu no 22~ andai ada tersalah kata mohon betulkan..syukran~