Tuesday, March 25, 2014

Pray For IM 529!

Assalamualaikum wrt  & Salam Sejahtera buat semua pengunjung yang dikasihi...

Ya Allah... apabila mendengar  berita  bahawa  seramai 529 orang Ikhwanul Muslimin akan dihukum mati termasuk Dr Muhammad Badi'....tercetus macam-macam rasa dihati...sedih, kecewa, & gembira pun ada...
Sedih...sebab  umat Islam bakal kehilangan mutiara-mutiara pejuang agama Islam, Kecewa  dengan sikap kerajaan Mesir yang kejam...gembira pula sebab mereka-mereka  ini  bakal ahli Jannah,,,In sha Allah...syahid di jalanNya cita-cita setiap individu muslim.....
Allahuakbar!!!
Ingatlah wahai  saudara-saudara seIslam..sesungguhnya  mereka adalah saudara kita juga, kesedihan dan kesusahan mereka adalah kesedihan dan kesusahan kita juga...kegembiraan mereka, kegembiraan kita juga. Walaupun jauh dimata tetapi iman pengikat dihati...In sha Allah....
Apa yang kita boleh lakukan untuk mereka??

Para Mujahidah yang amat prihatin tentang saudara kita di bumi Kinanah
Piket Bantah Kekejaman Mesir..Allahuakbar!


Sememangnya kita jauh dari mereka, kita tak mampu ke sana menolong mereka, hanyalah doa yang mampu diberikan buat mereka. Ingatlah, doa adalah SENJATA MUKMIN!...Marilah kita berdoa untuk mereka supaya dipanjangkan usia, agar dapat meneruskan perjuangan Rasulullah saw tercinta dalam menegakkan syiar Islam. Di akhir zaman ini, berlaku pelbagai kerosakkan di bumi Allah ini, pelbagai musibah telah diturunkan olehNya sebagai peringatan kita semua. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari kelalaian dan dosa. Sentiasa memohon keampunan kepadaNya, banyakkan ISTIGHFAR, serta  selalu muhasabah diri akan segala perbuatan  mungkar yang telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah swt  Maha Pengampun dan Maha Mengasihani....
segala yang baik datang dai Allah swt, segala kelemahan datang dari diri ini.
Maaf andai ada tersalah kata, mohon betulkan dan saling ingat-mengingati...In Sha Allah...
syukranlilziarah....
wassalam