Saturday, January 5, 2013

Setiap Kali~

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Friday, January 4, 2013

Apabila Pena Menari~ H.A.T.I

Assalamualaikum....
Alhamdulillah......
atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kpda kami ya ALLAH....
Hanya padaMU kami berserah diri....& hanya padaMU tempat kami meminta pertolongan....
Dalam diri setiap manusia ada seketul daging...jika baik daging itu maka baiklah keseluruhan tubuh..begitu juga sebaliknya......
 HATI.....
Allah menciptakan hati untuk setiap manusia....untuk saling mengasihi...untuk berkasih sayang. terutamanya mempersembahkan kasih sayang yang hakiki padaNya ILLAHI....
sungguh bertuah bagi org yang menyerahkan seluruh kasih sayangnya pada Yang SATU...kerana Allah mengasihi hamba-hambaNya  lebih berganda2..tidak kira waktu...dimana pun kita berada..yang ada waktu kita susah,..yang setia bersama kita dimana jua...yang sentiasa membuka pintu rezeki untuk kita...yang sentiasa membuka pintu taubat untuk kita...agar kita peroleh kebahgiaan dunia & akhirat....tapi amat rugi bagi manusia yang menyalahgunakan  nikmat HATI yang diberiNya....syg.........hanya buta mencari kaseh duniawi hingga buta akan ukhrawi....lupa pada ILLAHI.....Astaghfirullahala'zim....
jika kita terus dalam keasyikan duniawi semata2, maka akan menyesal kita di akhirat kelak...kerana dunia hanya sementara...akhirat yang akan kekal abadi...ingatlah, kita telah dilantik menjadi khalifah di bumi ini & telah berjanji pada ILLAHI...untuk terus tunduk & patuh dengan perintahNya....selama mana kita bernyawa di bumi Allah yang amat luas ini.....
Kita sebagai manusia kerdil  selalu  lupa akan janji2 kita dengan Allah yang Esa....sehinggakan kita lupa asal usul kita....Nauzubillah.....
Nikmat hati yang diberi disalah gunakan...bak kata pepatah..."Biar buta mata tapi jgn buta hati' kerana buta hati itu jauh lebih parah daripada buta mata.......

Sahabat sekalian...saudara & saudari....
ingatlah kita dijadikan & dilahirkan didunia ini bukanlah hanya untuk enjoy semata2....kita ada amanat yang telah diberikan...yg wajib dilaksanakan.....
waallahualam.....

maaf andai ada tersalah kata& bicara.....maaf3...andai terasa hati atau terkecil hati...maaf3...

Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum......
Alhamdulillah...sudah msuk thun baru...2013...=)
semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari thun2 sebelum ini....Aamiin....
inshaAllah....
tahun baru so ayuh mulakan azam baru!hu3....mybe ade yg azam masih tidak dpt dilaksanakan untuk thun lps2 kan...bole dibawa untk thun ini....he3....
apepon semoga smua yang kita lakukan ikhlas keranaNya....inshaAllah....
segalanya akan dipermudahkan olehNya.....waallahualam....





segalanya bermula dari diri sendiri......=)



Thursday, December 27, 2012

Kita Hanya Hamba...

Hayatilah~

Hidup ini satu pelayaran di lautan,
Di mana gelombangnya tidak selalu tenang,
Badai pula pasti akan memukul,
Jika kita bersedia, maka tertancaplah layar 
Jika terleka dibuai angan,
Terhempas kita dipukul gelombang

Kenapa harus belayar jika tahu lautan bisa mengganas
Kenapa harus meredah ombak 
Jika tahu untung rugi nasib sendiri???

Inilah kita...
Kita hanya hamba....
Ingin tidak ingin.....kena ingin...
Mahu tidak mahu.....kena mahu.....
Sanggup tidak sanggup.......kena sanggup.
Bila sudah masa berhenti.....maka berhentilah......!!

puisi  ini  menyedarkan kita semua bahawa setiap jalan kehidupan yang kita lalui pasti ada liku-likunya.....
jangan mudah melatah & kecewa dengan apa yang telah kita tempuhi.....
bersabarlah duhai hati-hati kecil.....kerana Allah sentiasa ada bersama kita, dimana jua..setiap waktu yang berlalu......

jadikan hari ini lebih baik dari semalam......insyaAllah......



*maaf andai ada tersalah qalam atau fe'el....sengaja @ tidak disengajakan....
anaassifjiddana'lakullihal....
senyum selalu.......gheee....=)

uhibbukifillahabadanabadauntiljannah.......
salamsygdarisyabuatsemuaygsudimelawatblogsyaini....

Friday, December 14, 2012

ukhwahfillahuntiljannah...insyAllah...

Doaku buat shbt2...untuk SEMUA....=)
(hnya gmbr ini yg mmpu diupload)
Ya Allah....berikanlah kekuatan untuk kami dalam mencari ilmuMU yang sngat luas tidak terperi...
bantulah kami menghadapi segala cabaran & dugaan hidup ini dalam menjadi hamba yang soleh....
sesungguhnya kami hanya seorang hamba yang lemah...tanpaMU kami miskin....
hanya padaMU kami berserah & meminta pertolongan....hanyaMU yang satu!
Amieen.......

























Ya Allah....
berkatilah kehidupan kami dunia & akhirat....
janganlah Engkau pesongkan hati2 kami setelah Engkau tetapkannya di jlnMU....
peliharalah hubungan2 kami...& kekalkanlah ukhwah yg indah ini hingga di syurgaMU...
golongkanlah kami dlm golongan hamba2MU yang beriman & bertaqwa....
Aamiin Ya Rabbal i'zzati....
Alhamdulillah..........
maafkan diri ini andai ada terslh qalam & fe'el...sngaja @ tidak sengaja....
segala yg baik itu dtgnya dari Allah s.w.t,,,
segala yg buruk dtgnya dari kelemahan diri ini.....
waallahualam.....

syukrankassirana'lakullihal......^ ^

Wednesday, November 21, 2012

Perjuangan hidup sebagai daie Allah...





Assalamualaikum ya asdiqaie....
hari berlalu sudah...cuti semakin tamat...
hnya tinggal beberapa hari...aknku tinggalkn baiti...usrohti....
untuk pergi mencari ilmu Allah yang kuas tidak terhingga....
Alhamdulillah...sem pertama telah ku habiskan dgn sempurna...
syukur tidak terhingga kpda ILLAHI...setelah mengharungi suka duka..
masih merangkak dalam memantapkan iman & taqwa....
semakin hari semakin terasa debaran untuk masa-masa akan dtg....
hati ini memerlukan ketabahan & kesabaran dlm menghadapi hari-hari sebagai hambaNya yang maseh mencari..& tidak akn berhenti mencari ilmuNya....

Syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk bernafas & memperbaiki iman & taqwa yang maseh lompong.....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk menikmati keindahan alamNya....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya menikmati rezeki yang diberiNya....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya bersama keluarga tercinta & sahabat2.....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya berbakti kepada orang lain....
syukur kerana maseh diberi peluang olehNya untuk merasai kasih sayang...

Syukur tidak terhingga kepadaNya yang Maha Berkuasa!!..Maha Penyayang!!..
yang memiliki segala sifat kesempurnaan....tiada kekurangan....
Jika hendak dihitung segala rahmatNya untuk kita semua...sampai bila-bila pun tidak pernah akan habis...

semoga hidup kita sebagai hambaNya sentiasa mendapat rahmat & keberkatan hidup dunia akhirat....inshaAllah...Aamiin.....
YAKIN DENGAN ALLAH...!..

Maaf andai ada tersalah qalam & fi'el...maafkan saya...
uhibbukifillahuntiljannah.....:)

Monday, November 19, 2012

Kunci Kejayaan Dunia & Akhirat


1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

4-Kunci Syurga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.

5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.

7-Kunci kemajuan/Kelebihan  adalah bersyukur.

8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.

11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.

12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.

14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.

15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.

18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah

19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

20-Kunci segala kebaikan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.


21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

~sumber~:- http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/05/24/21-kunci-kejayaan-dunia-dan-akhirat/